MINIT
MESYUARAT AKHIR PANITIA SAINS
SEKOLAH
KEBANGSAAN SEMUT API, KOTA BHARU.
BILANGAN
3 TAHUN 2017
Tarikh :
19 NOVEMBER 2017 (AHAD)
Masa :
1.15 tgh
Tempat :
Bilik Sains
Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1.
En Ramli bin Ab Rahman Ketua
Panitia (Pengerusi)
2.
Pn Ramlah bt Deraman S/Usaha
3.
En Zaaba bin Che Soh Guru
mata Pelajaran
4.
Pn Hjh Samsiah bt Mat Zain Guru
mata Pelajaran
Turut Hadir
Pn Hjh Nik Yah bt Mahamood PK
Pentadbiran
Tidak
Hadir (Bersebab)
Tiada
AGENDA:
1.
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI (Ketua
Panitia Sains)
2.
UCAPAN WAKIL GURU BESAR (PK
Pentadbiran)
3.
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
4.
PERKARA BERBANGKIT
5.
ANALISA LK 5 MATA PELAJARAN SAINS 2017
6.
GOLDEN HOLIDAY
7.
HAL-HAL LAIN
8.
PENUTUP
1.
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1.
Dimulai dengan bacaan surah
Alfatihah dan ucapan salam. Ketua Panitia seterusnya mengalu-ngalukan kehadiran
semua guru kemesyuarat Akhir Panitia Sains bagi sesi persekolahan 2017. Beliau
menekankan bahawa kejayaan sesebuah sekolah adalah berkait rapat dengan kerjasama
yang baik di antara warga sekolah.
2.
UCAPAN WAKIL GURU BESAR (PK PENTADBIRAN)
2.1. Pn Hjh Nik Yah bt Mahamood selaku Guru
Penolong Kanan 1, mengucapkan salam dan mengalu-alu kan kedatangan ahli panitia
sains.
2.2. Mengingatkan guru panitia sains supaya melengkapkan
bbm dan mmemperaktikkan pengajaran mengikut PA 21 yang menetapkan guru hanyalah
pemudah cara bagi PDP yang dijalankan.
3.
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
LALU
Cadangan : En Ramli bin Ab Rahman
Sokongan : Pn Hjh Samsiah Mat Zin
4.
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
5.
ANALISA LK 5 MATA PELAJARAN SAINS 2017
5.1 Pn
Ramlah memberitahu bahawa murid tahap 1 tidak berhati-hati semasa menjawab
soalan. Soalan tidak difahami betul –betul mengakibatkan penurunan markah .
kurang pada bilangan murid cemerlang (A). Perlu dedahkan dengan lebih banyak
latihan. Guru-guru Matapelaran lain mengiakan pendapat tersebut
5.3 Analisa
keputusan LK 5 dukepilkan bersama.
Tindakan :Guru Mata Pelajaran Sains
6.
GOLDEN HOLIDAY
6.1 Ketua panita juga memanjangkan saranan Tn Guru Besar supaya murid diberi
kerja rumah semasa cuti sekolah.
6.2 Pn Ramlah mengesyorkan murid melayari Frog Vle atau melalui site yang
telah disediakan mengikut kelas. Soalan-soalan
dan games juga boleh diteroka.
7.
HAL-HAL LAIN.
7.1. Perancangan
Tahunan Panitia.
Guru diminta menyumbangkan idea tentang perncangan
tahunan Panitia untuk tahun hadapan
7.2 Begitu
juga dengan rancangan tahunan dan Dokumen standard
8.
PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah al asr dan ditangguhkan pada pukul 2.30
petang.
Disediakan oleh:
Disemak oleh:
Disahkan oleh:
.....................................
...........................
………….……
(
) ( )
|
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMUT API, KOTA BHARU.
BILANGAN 2 TAHUN 2017
Tarikh :
06 Julai 2017 (Khamis)
Masa :
1.15 tgh
Tempat :
Bilik Gerakan
Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1.
En Ramli bin
Ab Rahman Ketua
Panitia (Pengerusi)
2.
Pn Ramlah bt
Deraman S/Usaha
3.
En Zaaba bin
Che Soh Guru
mata Pelajaran
4.
Pn Hjh
Samsiah bt Mat Zain Guru
mata Pelajaran
Turut
Hadir
Pn Hjh
Nik Yah bt Mahamood PK
Pentadbiran
Tidak Hadir
(Bersebab)
Tiada
AGENDA
1.
Ucapan alu-aluan Pengerusi (Ketua Panitia Sains)
2.
Ucapan wakil Guru Besar (PK Pentadbiran)
3.
Pengesahan minit mesyuarat
4.
Perkara berbangkit
5.
PEKA
6.
Pembelajaran Abad ke 21
7.
Analisa LK2 Mata Pelajaran Sains
8.
Hal-hal lain
9.
Penutup
1.
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1.
En
Ramli bin Ab Rahman (Ketua Panitia Sains) Mengucapkan salam dan mengalu-alukan
kehadiran semua guru pada mesyuarat panitia sains bagi kali kedua tahun 2017
1.2.
Beliau mengucapkan syabas dan
tahniah di atas kelancaran pengendalian ujian bulanan yang telah berlangsung
pada
2.
UCAPAN WAKIL GURU BESAR
2.1. Pn
Hjh Nik Yah bt Mahamood selaku Guru Penolong Kanan 1, mengucapkan salam dan
mengalu-alu kan kedatangan ahli panitia sains.
2.2. Mengingatkan
guru panitia sains supaya melengkapkan bbm dan mmemperaktikkan pengajaran
mengikut PA 21 yang menetapkan guru hanyalah pemudahcara bagi PDP yang
dijalankan.
3.
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU
Cadangan
: En Ramli bin Ab Rahman
Sokongan
: Pn Hjh Samsiah Mat Zin
4.
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
5.
PEKA
5.1 Pn Ramlah yang mengikuti kursus
Pemantapan Amali Sains Sekolah Rendah memberitahu Pihak JPN dan PPD akan
mengadakan lawatan ke semua sekolah untuk memantau semua makmal atau bilik
Sains. Jika memenuhi semua syarat peka sains akan dimulakan mulai tahun 2018.
6. Ketua
Panitia berharap guru mata pelajaran juga hendaklah bersedia menjalankan P&P
abad 21 .Pelaksanaan berperingkat bermula dengan :
A Susunatur dan keperluan
fizikal bilik darjah.
B Penyediaan Rancangan
Mengajar dan pelaksanaan P&P Abad 21.
Contoh Rancangan
dikepilkan untuk panduan guru sains
C. Guru mesti faham aktiviti
yang sesuai digunakan dalam P&P seperti :
1. Round Table
2. Think Pair Share
3. Peta i-Think
4. Three
stray one stay
5. Gallery
walk
6. Role
Play dan lain-lain
Tindakan :Guru Mata Pelajaran Sains
6.
HAL-HAL LAIN.
6.1. Keceriaan
bilik sains.
En Ramli seterusnya meminta bilik sains juga
hendaklah disusun mengikut suasana P&P Abad ke 21
Contoh susunan di kepilkan.
7.
PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah al asr dan ditangguhkan
pada pukul 2.30 petang.
Disediakan oleh:
Disemak oleh:
Disahkan oleh:
.....................................
...........................
………….……
(
) ( ) ( )
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS,
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMUT API, KOTA
BHARU.
BILANGAN 1 TAHUN 2017
Tarikh :
23 Januari 2017 (ISNIN)
Masa : 1.30 Petang
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
En Ramli bin Ab Rahman Ketua
Panitia (Pengerusi)
En Azran bin Mamat Guru mata Pelajaran
Pn Ramlah bt Deraman S/Usaha
En Zaaba bin Che Soh Guru
mata Pelajaran
Pn Hjh Samsiah bt Mat Zain Guru
mata Pelajaran
Turut Hadir
Pn Hjh Nik Yah bt Mahamood PK
Pentadbiran
Tidak
Hadir (Bersebab) tiada
1.
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Dimulai
dengan bacaan surah alfatihah dan ucapan salam. Pengerusi seterusnya
mengalu-ngalukan kehadiran semua guru kemesyuarat panitia Sains kali pertama
bagi sesi persekolahan 2017. Beliau berharap semoga guru-guru yang dilantik
dapat menjalankan tugas-tugas dengan lebih baik dari sebelumnya.
2.
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU
Cadangan
: Pn Ramlah Deraman
Sokongan
: Pn Hjh Samsiah Mat Zin
3.
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
Tindakan: Guru Mata Pelajaran
4.
PERKARA YANG DIBINCANGKAN
4.1.
Ucapan Guru Besar / Penolong
Kanan.
Pn Hjh Nik
Yah (PKP) berharap Panitia Sains tahun ini akan lebih berfugsi untuk
meningkatkan mutu pendidikan kerana kerjasama berpasukan adalah sangat penting.
4.2.
Pengesahan Perlantikan JK
Panitia
Pn Ramlah dilantik sebagai S/U Panitia Sains.
4.3.
Post Mortem UPAT 2016
Pengerusi
membentangkan post mortem UPAT semua darjah. Didapati keputusan murid mendapat
A berkurang apabila murid naik ke tahap 2. Semua pihak mesti mengenal pasti
masaalah terutama guru tahun 4.
4.4.
Penyelarasan sukatan RPH /
RPT
Pengerusi menjelaskan bahawa guru-guru perlu
menyediakan sukatan pelajaran, Huraian sukatan atau DSKP, dan rancangan
tahunan.Semua guru hendaklah mengikut sukatan pelajaran KSSR.Contoh Rancangan
Pelajaran Harian diedarkan kepada guru khasnya bagi tahun 1-6. Bagi tahun satu
guna Dokumen Standard kurikulum dan pentaksiran semakan 2017.
4.5.
Perancangan Program Panitia 2017
Pengerusi memberitahu kelas
tambahan (serambi) akan bermula bulan mei hingga ogos.
Kelas malam
pula dijangka bermula bulan mac. Program motivasi oleh pentadbir akan diadakan
setiap minggu. Teknik menjawab soalan akan diadakan pada bulan mei hingga julai
Program anak angkat M/P akan bermula pada bulan Mei.
4.6.
Dasar KPM
En Ramli menjelaskan,bermula dengan murid tahun 1 akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) yang
diperkenalkan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Waktu Pembelajaran sains ditambah menjadi tiga waku
seminggu.Buku teks semakan KSSR Sains Tahun 1 akan dibekalkan. Transformasi
kurikulum KSSR (Semakan 2017) dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan
pendidikan pra sekolah dengan pendidikan sekolah rendah melibatkan
kandungan,pedagogi dan pentaksiran. Kandungan disusun semula dan ditambah baik
untuk memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke21.
Menurutnya,transformasi
pedagogi pula menekankan kepada pembelajaran secara mendalam melalui
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kepada kemahiran berfikir
aras tinggi.“Fokus diberikan kepada pembelajaran berasaskan
inkuiri, pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah, pembelajaran
kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan
pendekatan dalam bidang Science,
Engineering, dan Mathematics (STEM)
Tindakan: Semua guru Sains
5.
PENETAPAN TARGET (ETR) SAINS BAGI TAHUN 2017
Semua guru kelas dikehendaki menetapkan
target (ETR) untuk A dan juga nama murid yang mendapat markah E bagi kelas
masing-masing. Iaitu tahun 1-6
Sila rujuk lampiran.
Tindakan: Semua guru Sains
6.
HAL-HAL LAIN.
Pengerusi meminta guru mengisi nota minta
jika mahu memesan apa-apa keperluan alatan/bahan sains untuk proses pengajaran
dan pembelajaran.
Kelas tidak boleh dilakukan di dalam bilik
Sains kerana bililk digunakan untuk rawatan pergigian .
Guru sains tahun 6 takwa dan 5 Takwa iaitu PK
HEM telah bertukar ke SK Sultan Ismail 2
7.
UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat diakhiri
dengan bacaan surah al asr dan ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.
Sekian
Disediakan oleh:
Disemak oleh:
Disahkan oleh:
................................ .....................................
………….……………
( Pn Ramlah
Deraman S/U) ( En Ramli Ab Rahman KP ) ( Pn Hjh Nik Yah Mahamood PK1 )
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KOKURIKULUM,
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMUT API, KOTA BHARU.
BILANGAN 1 TAHUN 2017
Tarikh :
11 Januari 2017 (RABU)
Masa :
12.50 tgh
Tempat :
Bilik Gerakan
Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1.
En Wan Mohamed Azemi bin
Wan Yaacob Guru Besar ( Pengerusi )
2.
En Azman bin Ibrahim PK Ko (Naib pengerusi 1)
3.
Pn Hjh Nik Yah bt
Mahamood PK P (Naib
pengerusi 2)
4.
En Azran bin Mamat PK HEM (Naib pengerusi 3)
5.
Pn Ramlah bt Deraman S/Usaha
1
6.
En Maznee bin Ab Rahman S/Usaha
2
7.
En Rahimi bin Ibrahim Penyelaras
Kelab dan Persatuan
8.
En Ezani bin Ismail Penyelaras
badan beruniform
9.
En Baharuddin bin
Mohd Zain Penyelaras
Sukan & Permainan
10. En Ab Halim b Hassan Penyelaras
Rumah Sukan
11. En Mohd Ariful Hafiz bin Ismail Ketua
Pengakap kanak-kanak
12. Pn Wan Amnah bin Wan Ali Persatuan
Bulan sabit Merah
13. Pn Nujaimi bt Othman Pergerakan
Puteri Islam
14. En Zaaba bin Che Soh Kadet
Remaja sekolah
15. Pn Farhanah bt Ab Rahman Persatuan
Bahasa Melayu
16. Pn Noor Lela bt Mushta Persatuan Bahasa Inggeris
17. En Hishamuddin bin Yahya Persatuan
Matematik
18. En Ramli b Ab Rahman Persatuan
Sains
19. En Azhar bin Awang Lah Kelab
Komputer
20. Pn Norizan bt Abdullah@ Salleh Kelab
Doktor muda
21. Pn Wan Hamidah bt Wan Mat Zain Kelab
PSS
22. En Rahimi bin Ibrahim Bola
Sepak
23. En Fadli bin Muhamad Bola
Tampar
24. Pn Jamilah bt Hamzah Bola
Baling
25. Pn Norul Huda bt Omar Bola
Jaring
26. En Haski bin Hussein Sepak
Takraw
27. En Nasrudin bin Wahab Olahraga
28. Pn Norhaslizawati bt Ariffin Ketua
Rumah Biru
29. Pn Rahana bt Hashim Ketua
Rumah Merah
30. Pn Zakiah bt Ab Llah Ketua
Rumah Kuning
31. Pn Siti Norbaya bt Mohd Nawi Ketua
Rumah Hijau
32. En Mohd Shukri bin Mat Arof
33. Pn Wan zuraidah bt Abdullah
34. Pn Rahimah bt Hussain
35. Pn Zaharulhafisha bt Mohd Nawi
36. Pn Nasirah
37. En Hisham
38. En Haski bin Hussein
Turut Hadir
Tiada
Tidak Hadir
(Bersebab)
1. Pn
Hjh Samsiah bt Mat Zain -Kelab Buku teks - Bersebab (Taklimat )
2. Pn Hazami bt Rahman -Persatuan
agama Islam - Bersebab (Umrah)
1.
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1.
Dimulai dengan bacaan surah alfatihah dan
ucapan salam. Pengerusi seterusnya mengalu-ngalukan kehadiran semua guru
kemesyuarat induk kokurikulum kali pertama bagi sesi persekolahan 2017. Beliau
berharap semoga guru-guru yang dilantik dapat menjalankan tugas-tugan dengan
lebih baik dari sebelumnya.
1.2.
Unit-unit kecil lain di bawah kokurikulum
juga hendaklah bermesyuarat . Minit mesyuarat hendaklah diserahkan
masing-masing kepada Guru Besar, PK KO dan satu disimpan di dalam fail.
Bilangan minit jangan kurang daripada tiga dalam setahun.
2.
UCAPAN
TIMBALAN PENGERUSI
2.1.
Naib Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua
ahli mesyuarat yang hadir untuk melancarkan
aktiviti sepanjang tahun.
2.2.
Beliau juga menyampaikan amanat Tuan Pegawai
Pelajaran Daerah supaya sentiasa mempunyai kesungguhan, kesefahaman dan
kebersamaan untuk meraih kejayaan.
Tumpuan yang lebih kepada sukan yang kita ada kekuatan seperti bola
sepak dan olahraga.
2.3.
Satu Sekolah Satu Sukan- Sk Semut Api telah
memilih sukan olahraga. Walaubagaimanapun sukan lain seperti bola jaring ,
olahraga dan lain-lan juga perlu bersedia. Latihan sekurang-kurangnya sebulan
sebelum perlawanan sebenar. SKSA berada dalam kedudukan no 3 dalam QIT Kedai
Buloh dan nombor 55 daripada 96 buah sekolah dalam PPD Kota Bharu dengan
mengutip mata sebanyak1178 mata.
3.
PENGESAHAN
MINIT MESYUARAT LALU
3.1.
Minit Mesyuarat Agung lalu dibentang dan
disahkan tanpa pindaan
Cadangan : En Ezani bin Ismail
Sokongan : Pn Wan Amnah bin Wan Ali
4.
PERKARA-PERKARA
BERBANGKIT:
3.1 Gol
bola baling
Gol bola baling yang rosak telah di
beli baru.
Tindakan: PK
KO
5.
PELANTIKAN DAN PENGESAHAN
5.1.
Tuan Guru Besar
menyampaikan sijil pelantikan dan pengesahan kepada semua
guru yang terlibat dalam pengurusan kokurikulum sepanjang
tahun 2017.
6.
PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
KOKURIKULUM
6.1.
Pelbagai aktiviti telah
dirancangkan seperti :
a. Merentas desa - 22
Febuari
b. Hari Sukan dan Balapan - 19 April
c. Perkhemahan Perdana -
d. Hari Kecemerlangan KO -
Tindakan: semua
guru
6.2.
Aktiviti- aktiviti lain
boleh dirujuk dalam buku pengurusan sekolah di mukasurat 52.
Tindakan: semua
guru
7.
PERJALANAN HARI AKTIVITI KOKURKULUM
7.1.
Hari Kokurikulum adalah
setiap hari Rabu. Setiap kali perjumpaan adalah 2 jam:
A. Badan beruniform + Sukan dan Permainan
B. Kelab dan Persatuan + Sukan dan Permainan
Untuk makluman lanjut sila rujuk
papan kenyataan.
Tindakan: semua
guru
7.2.
Guru digalakkan memakai
baju seragam lengkap .Jikalau memakai baju T, Ia hendaklah yang berkolar.
Tindakan: semua
guru
8.
PENGURUSAN PASUKAN SEKOLAH.
8.1.
Latihan untuk pasukan
sekolah adalah dari pukul 5.00- 6.00 petang.
Jadual penggiliran guru boleh dilakukan oleh ketua pasukan jika
perlu.
8.2.
Tuntutan (duit minyak)bertujuan
untuk menghantar murid adalah seperti berikut:
a. Dalam QIT adalah RM 10
b. Luar QIT adalah RM 15
c. Setiap murid akan diberi RM 3.50 untuk separuh hari dan RM 5.00 untuk satu
hari.
Tindakan: guru
pengiring
8.3.
PK KO juga menegaskan
sebelum menyertai sebarang pertandingan, Pasukan terlebih dahulu perlu diberi
latihan yang mencukupi sekurang-kurangnya satu bulan. Ini untuk membuahkan
hasil yang lebih baik Kesungguhan keikhlasan dan kerjasama semua pihak
ditagihkan.Segala budi yang ditabur hanya Allah saja yang membalasnya.
Tindakan: semua guru
9.
HAL-HAL LAIN
9.1.
Pk Ko seterusnya memberitahu
bahawa Penyelaras 1 murid 1 sukan adalan Pn Norul Huda bt Omar. Pastikan bahagian profile murid di
lengkapkan.
Tindakan: semua guru
9.2.
Guru kelas tahun 1
diminta mengagihkan murid kepada empat pasukan iaitu merah, hijau kuning dan
biru dengan adil.
Tindakan: Pn Farhanah dan Pn Norhaslizawati
9.3.
Penetapan murid tahun 4
pula telah diselesaikan oleh penyelaras masing- masing dengan jayanya.
10.
PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah al asr dan ditangguhkan pada pukul 2.30
petang.
Minit
Dicatat Oleh,
........................................
Pn
Ramlah bt Deraman
(Setiausaha
Kokurikulum Sekolah)
No comments:
Post a Comment